Search

Loading...

Saturday, May 22, 2010

Tip-tip Kewangan Untuk Rakyat Malaysia

Penulis: KC Lau
Jumlah Mukasurat: 203 Mukasurat
Penerbit: TrueWealth
Techno Code: 7KHYH43DZY67

Menurut Zig Ziglar, “Sesetengah individu belajar dari kesilapan orang lain. Sesetengah individu lagi mahu menjadi orang lain (yang telah melakukan kesilapan)”. Terlalu ramai orang melakukan kesilapan yang sama dalam aspek kewangan peribadi terutamanya ketika mereka masih mentah lagi (baru memulakan karier). Penulis buku ini, KC Lau telah menganalisis secara mendalam apakah yang dilakukan oleh kebanyakan individu terutamanya di Malaysia dalam menguruskan hal kewangan mereka, adakah ia tindakan yang bijak dan bagaimana mereka boleh lakukannya dengan lebih baik. Dengan itu, beliau telah mencadangkan 24 tip-tip kewangan yang dibahagikan kepada empat kategori:
• Tip Kewangan Bijak
• Tip Menjana Wang
• Tip Menjimat Wang
• Tip Melindungi Wang

Di antara topik yang dibincangkan adalah betapa banyaknya wang yang mungkin kita rugi tanpa disedari atau disedari disebabkan keputusan kewangan yang kurang bijak yang kita ambil. KC Lau juga membincangkan beberapa idea menjana wang dan banyak tip-tip mudah untuk menjimatkan wang. Terpulanglah kepada kita untuk memilih tip-tip dan idea yang bersesuaian dengan diri sendiri.

Salah satu topik yang menjadi kegemaran saya ialah Bahagian Tip Kewangan Bijak kerana penulis telah menerangkan banyak tip yang sememangnya bijak. Ini termasuklah cara menjadi kaya melalui hutang berlebihan, exploitasi faedah kompaun, Peraturan 72 dan perancangan budget. Saya sendiri baru mempelajari Peraturan 72 daripada buku ini dan merancang untuk mengkajinya dengan lebih mendalam.

Sebagai seorang wakil insurans, tidak hairanlah untuk KC Lau memperuntukkan satu bahagian di dalam buku ini hanya untuk membincangkan tentang polisi insurans yang boleh didapati di Malaysia dan pilihan-pilihan yang boleh dilakukan oleh seseorang individu. Bahagian ini merupakan satu rujukan yang baik terutamanya sewaktu membeli atau menukar pakej insurans. Ini disebabkan , kita hanya mendapat maklumat daripada wakil insurans yang mungkin mempunyai kepentingan sendiri dalam memberi maklumat dan justeru itu tidak mendapat maklumat yang komprehensif. Melalui KC Lau, anda akan mendengar maklumat yang mungkin tidak ingin disampaikan oleh seorang wakil insurans.

Pendek kata, saya pasti buku ini dapat membantu ramai individu terutamanya mereka yang baru memulakan karier, daripada melakukan kesilapan kewangan kerana kejahilan mereka sendiri. Seterusnya, membantu ramai individu menjadi pengurus wang yang bijak. Seperti yang ditekankan oleh penulis buku ini, lebih awal anda mula mengurus wang anda dengan bijak, lebih baik peluang anda untuk mengelakkan kesilapan yang mahal dan menjamin masa depan yang cerah.

Walaupun terdapat banyak buku pengurusan wang peribadi di pasaran, hanya beberapa buku sahaja yang ditulis dalam konteks Malaysia. KC Lau pasti telah mengisi kekosongan itu dengan bukunya yang ditulis khas untuk rakyat Malaysia.

Tip-tip Kewangan Untuk Rakyat Malaysia adalah merupakan ‘buatan’ Malaysia untuk rakyat Malaysia. Buku ini pada awalnya diterbitkan di dalam Bahasa Inggeris (Top Money Tips for Malaysian) sebelum versi terjemahan ini diterbitkan untuk mencapai lebih ramai pembaca tempatan.

KC Lau juga merupakan blogger yang aktif. Beliau kerap membincangkan topik-topik perancangan pengurusan wang di dalam blognya – KCLau.com (http://kclau.com/).

2 comments:

  1. Thanks for your kind review.

    ReplyDelete
  2. county bankruptcy records
    http://www.bankruptcylive.com/county-bankruptcy-records
    Obtain copy of Official County Bankruptcy documents, Bankruptcy discharge papers $9.99, bankruptcy creditors listing $19.99 and complete file for $29.99 at lowest cost on web.

    ReplyDelete